Friday, 27 February 2015

Doa Tidur

🌷Doa Sebelum Tidur.

[Bismikallahumma amutu wa ahya:Dengan namaMu ya Allah, aku mati dan hidup]

> Hr Bukhari 6324.

Doa Bangun Tidur.

[Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wa ilahin nusyur:segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami dibangkitkan]

> Hr Bukhari 6324.

💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤

Cuba Bayangkan

Suatu hari...
6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis
jam 7:00 am, hari masih gelap.
Maybe kita anggap hari nak hujan, so
abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam
9:00am, sudah time nak pergi
breakfast. Keluar pintu ofis, suasana masihg elap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh
dianggap hari nak hujan lagi. So
abaikan. Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut
menceritakan bahawa dunia ini
sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan
lusa..masih tiada lagi matahari.. Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut
kerana matahari telah terbit dari
sebelah barat.. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah
petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!! Maka telah tertutuplah
pintu taubat..yang bertaubat tapi
Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup
pintu taubat.. Saat itu, kita akan
lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan,
golongan yang tidak pernah baca
quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yg x
mnutup aurat,segera bertudung
labuh.tapi sayangnya segalanya
sudah tidak berguna lagi..
Starts from now on.. Let's turn to
Allah.. He's
never far away.. Keep ur trust in
Him.. Raise
ur hands n pray..
Allah panjangkn umur kita smpai
harini supaya kita smpat
BERTAUBAT

Resepi Cendawan Masak Lemak

Sy copy dari blog.....
Bahan-Bahan Resepi Cendawan Masak Lemak
1 mangkuk cendawan segar atau cendawan tiram
sedikit ikan bilis yang tumbuk kasar
2 cawan santan
2 batang serai
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
8 biji cili padi*
2cm kunyit hidup* (*dikisar halus)
sedikit garam
Cara Membuat Resepi Cendawan Masak Lemak:
1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis ikan
bilis, bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit
hidup dan serai.
2. Masukkan cendawan masak sekejab.
3. Selepas itu masukkan santan dan garam secukup
rasa. Masak dengan api perlahan sambil dikacau
selalu.
4. Bila kuah mendidih, angkat dan sedia untuk
dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.

Wednesday, 17 December 2014

Bakso

Bahan-bahan:
1 kg daging  dikisar halus
1kg tepung kanji
20g garam
1g serbuk lada putih
# semua bahan ini digaul rata dan di bentuk bebola.

Bahan Sup (A):
1 kaki lembu dipotong 4
20gm  lengkuas
2 btg serai
4 bj jeruk nipis
100gm  cili padi
100gm ketumbar
50 gm jintan halus
100gm jintan kasar
5 bj buah pelaga
2 gm kayu manis
2 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar serbuk lada hitam

Bahan B (Dikisar):
150 gm bawang merah 
20 gm bawang  putih 
10 gm halia
2 btg serai

Bahan C:
100 gm bihun -di celur
10 gm taugeh
Bawang goreng dan daun sup

Cara Membuatnya:
1. Kaki lembu direbus bersama semua bahan  A. Masukan sekali bebola daging.
2. Apabila sudah empuk, masukan bahan B.
3. Bubuh bihun, taugeh, bawang goreng serta daun sup dalam mangkuk. Masukkan bebola  daging dan tuang kuahnya.
4. Sedia untuk dihidangkan. 

Saturday, 13 December 2014

Petua Jerawat

PETUA UNTUK JERAWAT

1) PETUA HILANGKAN JERAWAT
->   Kisarkan daun & buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker & sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan 3-4 kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

2) PARUT JERAWAT @ CAMPAK
->   Untuk menghilangkannya, cubalah petua turun-temurun. Ambil segenggam daun cermai serta 2.5cm kunyit hidup & cuci bersih-bersih sebelum dimasukkan di dalam beras yang direndam semalaman. Kisar bersama secawan air. Sapu kisaran itu pada muka berparut & biarkan 30minit. Amalkan selalu. InsyaAllah selain menyejuk dan menyeri muka serta juga dapat menghilangkan parut campak & jerawat.

3) ATASI JERAWAT DENGAN PUTIH TELUR
->   Mula-mula cuci sehingga bersih wajah & setelah itu sapukan putih telur rata-rata. Sebaik-baiknya putih telur ayam kampung. Biar kering beberapa minit & bilas dengan air sejuk. Jika diamalkan setiap hari, insyaAllah wajah menjadi lembut, gebu & cerah.

Thursday, 11 December 2014

Khasiat Telur Ayam dan Cara Mengetahui Kualitinya

Telur ayam dikenal dengan protein yang tinggi, memiliki manfaat yang banyak untuk tubuh, baik anak-anak, remaja, maupun orang dewasa.

Khasiat Telur Ayam Untuk Kesihatan.

Antaranya :-

1) Dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis atau usus besar.

2) Selain mengandungi sumber tenaga, juga mengandungi sumber protein yang cukup tinggi. Tenaga yang dipakai untuk mengganti tenaga yang digunakan aktiviti seharian. Manakala proteinnya pula diperlukan untuk mengganti bahagian organ yang rosak.

3) Mempunyai kandungan kolesterol (pada kuning telur) cukup tinggi. Bagi yang mempunyai hipertensi atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi) harus hati–hati mengatur pemakanannya.

4) Membantu mengatasi kelelahan dan kelesuan tubuh, namun tidak dapat mengatasi seluruhnya karana badan masih memerlukan waktu untuk merehatkan organ tubuh badan

Cara Mudah Untuk Ketahui Kualiti Telur Ayam.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk mengetahui kualiti telur.

Rendamkan telur ke dalam air seperti dalam gambar.
1) Telur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih BARU.
2) Telur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
3) Telur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
4) Telur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan busuk.

Wednesday, 10 December 2014

Petua Menghilangkan Karat Kuali

Petua menghilangkan karat kuali dan periuk yang wajib anda cuba.

Antaranya: 

1)     GunakanAsam Jawa

–      Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.

–      Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.

2)    Menggunakan Pencuci Pinggan

–      Caranya, sebelum memasak sapukan dahulubahagian luar periuk dengan pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.

3)    Menggunakan Baking Soda + Air

–      Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda  hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda+ sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.

4)    Menggunakan Cuka+ Garam

–      Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.

5)    Menggunakan Sos Tomato

–      Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih. Hasilnyaamat menakjubkan.

6)    Menggunakan Kulit Kentang

–      Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

Selamat Mencuba!