Saturday 23 May 2015

Rahsia Penawar Penyakit

Ada seorang doktor membuka klinik, di Madinah Mekah. Selama 6 bulan dia buka takde satu pesakit pun yang datang nak berubat dengannya.

Dia jadi pelik. Orang-orang di sini tidak pernah sakitkah? Akhirnya dia jumpa jawapannya.

SOLAT DUA RAKAAT
Bilamana saja kami sakit, perkara yang pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah. Insyaallah..! Sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah.

FATIHAH 7x TIUP AIR DAN MINUM
Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua. Iaitu baca al fatihah 7 kali tiup pada air dan minum. Dan Alhamdulillah kami akan sihat.

BERSEDEKAH UNTUK SEMBUH
Tapi kalau kami tidak sihat jugak, kami akan pergi pada cara yang ketiga iaitu bersedekah.

Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit itu. Dan insyaallah akan sembuh.

SOLAT TAUBAT
DAN BERISTIGHFAR
Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat. Iaitu solat taubat dan istighfar. Sebab Nabi saw bagitau, sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa. Jadi kena banyak istighfar dan taubat.

MADU DAN HABBATUSSAUDA
Kalau tak sembuh jugak baru kami pergi pada cara yang kelima..! Iaitu madu dan habbatussauda.

TUMBUHAN DARI BUMI
Dan yang keenam iaitu tumbuhan dari bumi iaitu seperti bawang putih, zaitun, halia atau lain-lain.

Dan Alhamdulillah..! La haula wa la quwwata illa billah..!

Di sini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh iaitu tabib, doktor, ubat..!

J A G A L A H  S E N D I R I
K E S I H A T A N  A N D A !

No comments:

Post a Comment