Wednesday 17 December 2014

Bakso

Bahan-bahan:
1 kg daging  dikisar halus
1kg tepung kanji
20g garam
1g serbuk lada putih
# semua bahan ini digaul rata dan di bentuk bebola.

Bahan Sup (A):
1 kaki lembu dipotong 4
20gm  lengkuas
2 btg serai
4 bj jeruk nipis
100gm  cili padi
100gm ketumbar
50 gm jintan halus
100gm jintan kasar
5 bj buah pelaga
2 gm kayu manis
2 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar serbuk lada hitam

Bahan B (Dikisar):
150 gm bawang merah 
20 gm bawang  putih 
10 gm halia
2 btg serai

Bahan C:
100 gm bihun -di celur
10 gm taugeh
Bawang goreng dan daun sup

Cara Membuatnya:
1. Kaki lembu direbus bersama semua bahan  A. Masukan sekali bebola daging.
2. Apabila sudah empuk, masukan bahan B.
3. Bubuh bihun, taugeh, bawang goreng serta daun sup dalam mangkuk. Masukkan bebola  daging dan tuang kuahnya.
4. Sedia untuk dihidangkan. 

Saturday 13 December 2014

Petua Jerawat

PETUA UNTUK JERAWAT

1) PETUA HILANGKAN JERAWAT
->   Kisarkan daun & buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker & sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan 3-4 kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

2) PARUT JERAWAT @ CAMPAK
->   Untuk menghilangkannya, cubalah petua turun-temurun. Ambil segenggam daun cermai serta 2.5cm kunyit hidup & cuci bersih-bersih sebelum dimasukkan di dalam beras yang direndam semalaman. Kisar bersama secawan air. Sapu kisaran itu pada muka berparut & biarkan 30minit. Amalkan selalu. InsyaAllah selain menyejuk dan menyeri muka serta juga dapat menghilangkan parut campak & jerawat.

3) ATASI JERAWAT DENGAN PUTIH TELUR
->   Mula-mula cuci sehingga bersih wajah & setelah itu sapukan putih telur rata-rata. Sebaik-baiknya putih telur ayam kampung. Biar kering beberapa minit & bilas dengan air sejuk. Jika diamalkan setiap hari, insyaAllah wajah menjadi lembut, gebu & cerah.

Thursday 11 December 2014

Khasiat Telur Ayam dan Cara Mengetahui Kualitinya

Telur ayam dikenal dengan protein yang tinggi, memiliki manfaat yang banyak untuk tubuh, baik anak-anak, remaja, maupun orang dewasa.

Khasiat Telur Ayam Untuk Kesihatan.

Antaranya :-

1) Dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis atau usus besar.

2) Selain mengandungi sumber tenaga, juga mengandungi sumber protein yang cukup tinggi. Tenaga yang dipakai untuk mengganti tenaga yang digunakan aktiviti seharian. Manakala proteinnya pula diperlukan untuk mengganti bahagian organ yang rosak.

3) Mempunyai kandungan kolesterol (pada kuning telur) cukup tinggi. Bagi yang mempunyai hipertensi atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi) harus hati–hati mengatur pemakanannya.

4) Membantu mengatasi kelelahan dan kelesuan tubuh, namun tidak dapat mengatasi seluruhnya karana badan masih memerlukan waktu untuk merehatkan organ tubuh badan

Cara Mudah Untuk Ketahui Kualiti Telur Ayam.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk mengetahui kualiti telur.

Rendamkan telur ke dalam air seperti dalam gambar.
1) Telur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih BARU.
2) Telur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
3) Telur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.
4) Telur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan busuk.

Wednesday 10 December 2014

Petua Menghilangkan Karat Kuali

Petua menghilangkan karat kuali dan periuk yang wajib anda cuba.

Antaranya: 

1)     GunakanAsam Jawa

–      Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.

–      Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.

2)    Menggunakan Pencuci Pinggan

–      Caranya, sebelum memasak sapukan dahulubahagian luar periuk dengan pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.

3)    Menggunakan Baking Soda + Air

–      Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda  hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda+ sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.

4)    Menggunakan Cuka+ Garam

–      Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.

5)    Menggunakan Sos Tomato

–      Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih. Hasilnyaamat menakjubkan.

6)    Menggunakan Kulit Kentang

–      Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

Selamat Mencuba!