Saturday 28 February 2015

Petua Untuk Diamalkan

Petua-petua untuk diamalkan.
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........
****Jangan kedekut ilmu.
Sila kongsi untuk manfaat bersama....
***terima kasih!!!

Begedil Cik Orked

Bahan-bahan:
6 biji ubi kentang (direbus empuk)
100 gm isi ayam (digoreng dan ditumbuk halus)
50 gm lobak merah
50 gm Kubis
3 tangkai daun sup dan daun bawang
3 biji cili merah dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 biji telur
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Gaulkan ke semua bahan di atas sehingga sebati untuk dijadikan bebola.
2. Kemudian celupkan ke dalam telur yang telah di pukul. 
3. Goreng dalam minyak panas.

Calit Air Liur Letak Di Mike Orang... Orang Marah Dok?

CALIT AIR LIUR LETAK DIMUKE ORANG... ORANGMARAH DOK ? ]
Ustaz Azhar Idrus Kata :Ramai orang dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air liur, pastudia belek Quran.Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Ce mung jilat jari mung pastu calit ke muke orang. Die maroh dop? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana bolehkenakan benda yang kotor pada Quran.Nanti ada orang kata, "Habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macam mana ustaz?".Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelahmung. Dh tahu doh mu nk bace banyok mlm ni ambik dua baldi letok tepi mung, apa susoh!"Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa." Dah dop tahu la sebab tak mari dengor org ngajar. Dop mari ngaji. Dah tau ni, istighfarlah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.Wallahua’lam...sharing is jariah


BAHAGIA ITU SEDERHANA.

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.
❤❤
Mencuci dan meng iron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar.

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah
mengirimkannya kepadaku.

Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Ayuh kite sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tnpa brfkir hikmah di sebaliknye...

Semoga yang terima pesanan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan  kedamaian.aaminn
❤❤ kongsilah

Friday 27 February 2015

Doa Tidur

🌷Doa Sebelum Tidur.

[Bismikallahumma amutu wa ahya:Dengan namaMu ya Allah, aku mati dan hidup]

> Hr Bukhari 6324.

Doa Bangun Tidur.

[Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wa ilahin nusyur:segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami dibangkitkan]

> Hr Bukhari 6324.

💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤

Cuba Bayangkan

Suatu hari...
6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis
jam 7:00 am, hari masih gelap.
Maybe kita anggap hari nak hujan, so
abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam
9:00am, sudah time nak pergi
breakfast. Keluar pintu ofis, suasana masihg elap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh
dianggap hari nak hujan lagi. So
abaikan. Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut
menceritakan bahawa dunia ini
sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan
lusa..masih tiada lagi matahari.. Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut
kerana matahari telah terbit dari
sebelah barat.. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah
petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!! Maka telah tertutuplah
pintu taubat..yang bertaubat tapi
Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup
pintu taubat.. Saat itu, kita akan
lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan,
golongan yang tidak pernah baca
quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yg x
mnutup aurat,segera bertudung
labuh.tapi sayangnya segalanya
sudah tidak berguna lagi..
Starts from now on.. Let's turn to
Allah.. He's
never far away.. Keep ur trust in
Him.. Raise
ur hands n pray..
Allah panjangkn umur kita smpai
harini supaya kita smpat
BERTAUBAT

Resepi Cendawan Masak Lemak

Sy copy dari blog.....
Bahan-Bahan Resepi Cendawan Masak Lemak
1 mangkuk cendawan segar atau cendawan tiram
sedikit ikan bilis yang tumbuk kasar
2 cawan santan
2 batang serai
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
8 biji cili padi*
2cm kunyit hidup* (*dikisar halus)
sedikit garam
Cara Membuat Resepi Cendawan Masak Lemak:
1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis ikan
bilis, bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit
hidup dan serai.
2. Masukkan cendawan masak sekejab.
3. Selepas itu masukkan santan dan garam secukup
rasa. Masak dengan api perlahan sambil dikacau
selalu.
4. Bila kuah mendidih, angkat dan sedia untuk
dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.