Friday 27 February 2015

Resepi Cendawan Masak Lemak

Sy copy dari blog.....
Bahan-Bahan Resepi Cendawan Masak Lemak
1 mangkuk cendawan segar atau cendawan tiram
sedikit ikan bilis yang tumbuk kasar
2 cawan santan
2 batang serai
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
8 biji cili padi*
2cm kunyit hidup* (*dikisar halus)
sedikit garam
Cara Membuat Resepi Cendawan Masak Lemak:
1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis ikan
bilis, bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit
hidup dan serai.
2. Masukkan cendawan masak sekejab.
3. Selepas itu masukkan santan dan garam secukup
rasa. Masak dengan api perlahan sambil dikacau
selalu.
4. Bila kuah mendidih, angkat dan sedia untuk
dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment