Monday 14 July 2014

Resepi Kek Coklat Moist


Resipi ini aku dapati dari teman sekerja lama dari KKBM. AKu dah cuba banyak kali dan ia tidak mengecewakan. Resepinya juga simple.
Sesuai untuk majlis atau sebagai minuman petang. Cubalah.

 KEK COKLAT KAK TIMAH
Sumber: PPK Fatimah KKBM
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan margerine planta
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
3 sudu serbuk koko
1 camt baking powder
1 camt esen vanila
Bahan Koko Filling:
½ cawan planta
4 sudu gula icing
6 camb susu pekat manis
2 camb serbuk koko
Cara Membuat kek:
Pukul planta hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati. Masukkan gula halus dan sebatikan. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder. Putar hingga sebati. Masukkan esen vanila dan bakar hingga masak.
Untuk Filling:
Bancuh bahan dan masak di atas api sederhana kecil hingga pekat. Jangan lama sangat sebab ia akan jadi cair dan tidak melekat di kek pula. Bila pekat sapu di kek yang telah di sejukkan. Dan biar hingga filling mengeras di kek baru cantik.


Credit to my blog

Sunday 13 July 2014

Jus Epal Menyegarkan Kulit Muka

Gunakan jus epal. Caranya adalah dengan sapukan jus epal ini selama 10 minit ke muka, kemudian cuci sehingga bersih

Anda juga boleh menggunakan limau nipis iaitu dengan memerah keluar jud limau tersebut dan jadikannya sebagai masker semulajadi anda. Biarkannya di muka selama 1 jam.

CUBALAH!

Bunga Safron

Safron merupakan rempah termahal di dunia yang terhasil dari bunga cantik ini, Saffron crocus.

Safron ialah stigma bunga betina Saffron crocus. Bunga betina menghasilkan beberapa stigma kemerahan yang dikutip dengan cermat yang kemudiannya digunakan sebagai rempah. Bunga ini berwarna unggu cerah dengan warna kuning di tengahnya, kelopak bunga tercantum sesama sendiri.

Tumbuhan ini sangat pendek dan tumbuh berdekatan permukaan tanah.

Buat masa ini, Iran adalah penghasil Safron terbaik dunia.



1. Buluh palma: Menurut NASA, ia menyingkirkan formaldahyde dan bertindak sebagai pelembab semula jadi (humidifier).

2. Lidah Jin: Ditemui oleh NASA bahawa ia mampu menyerap nitrogen oksida dan formaldahyde. Ia juga dikatakan dapat menyerap tenaga-tenaga negatif di sekelilingnya memberikan kesan ketenangan bagi yang berada berdekatan.

3. Palma Areca: Salah satu tumbuhan penulenan udara untuk udara sekitar.

4. Spider Plant: Tumbuhan indoor terbaik untuk menyingkirkan karbon monoksida (asap enjin) dan toksin-toksin lain atau pencemaran. Spider plants adalah salah satu dari 3 pokok disarankan oleh NASA dalam menyingkirkan formaldahyde dalam udara.

5. Peace Lily: Peace lilies boleh digelar “pembersihan-semua.” Ia selalu diletakkan di bilik air atau bilik basuh kerana ia terkenal sebagai tumbuhan yang dapat membuang spora lumut. Ia juga boleh menyingkirkan formaldahyde dan trichloroethylene.

6. Gerbera Daisy: Bukan sahaja bunganya mampu menyingkirkan benzene dari udara, ia terkenal meningkatkan suasana tidur dengan menyerap karbon dioksida dan memberi oksigen lebih ketika malam.

Pokok 2 & 4 paling mudah didapati di Malaysia. Apa kata ktia cuba beli dan letakkan di bilik kita?