Monday, 14 July 2014
Resepi Kek Coklat Moist
Resipi ini aku dapati dari teman sekerja lama dari KKBM. AKu dah cuba banyak kali dan ia tidak mengecewakan. Resepinya juga simple.
Sesuai untuk majlis atau sebagai minuman petang. Cubalah.
KEK COKLAT KAK TIMAH
Sumber: PPK Fatimah KKBM
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan margerine planta
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
3 sudu serbuk koko
1 camt baking powder
1 camt esen vanila
Bahan Koko Filling:
½ cawan planta
4 sudu gula icing
6 camb susu pekat manis
2 camb serbuk koko
Cara Membuat kek:
Pukul planta hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati. Masukkan gula halus dan sebatikan. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder. Putar hingga sebati. Masukkan esen vanila dan bakar hingga masak.
Untuk Filling:
Bancuh bahan dan masak di atas api sederhana kecil hingga pekat. Jangan lama sangat sebab ia akan jadi cair dan tidak melekat di kek pula. Bila pekat sapu di kek yang telah di sejukkan. Dan biar hingga filling mengeras di kek baru cantik.
Credit to my blog
Sunday, 13 July 2014
Jus Epal Menyegarkan Kulit Muka
Bunga Safron
Safron merupakan rempah termahal di dunia yang terhasil dari bunga cantik ini, Saffron crocus.
Safron ialah stigma bunga betina Saffron crocus. Bunga betina menghasilkan beberapa stigma kemerahan yang dikutip dengan cermat yang kemudiannya digunakan sebagai rempah. Bunga ini berwarna unggu cerah dengan warna kuning di tengahnya, kelopak bunga tercantum sesama sendiri.
Tumbuhan ini sangat pendek dan tumbuh berdekatan permukaan tanah.
Buat masa ini, Iran adalah penghasil Safron terbaik dunia.
Safron ialah stigma bunga betina Saffron crocus. Bunga betina menghasilkan beberapa stigma kemerahan yang dikutip dengan cermat yang kemudiannya digunakan sebagai rempah. Bunga ini berwarna unggu cerah dengan warna kuning di tengahnya, kelopak bunga tercantum sesama sendiri.
Tumbuhan ini sangat pendek dan tumbuh berdekatan permukaan tanah.
Buat masa ini, Iran adalah penghasil Safron terbaik dunia.
1. Buluh palma:
Menurut NASA, ia menyingkirkan formaldahyde dan bertindak sebagai pelembab
semula jadi (humidifier).
2. Lidah Jin:
Ditemui oleh NASA bahawa ia mampu menyerap nitrogen oksida dan formaldahyde. Ia
juga dikatakan dapat menyerap tenaga-tenaga negatif di sekelilingnya memberikan
kesan ketenangan bagi yang berada berdekatan.
3. Palma Areca:
Salah satu tumbuhan penulenan udara untuk udara sekitar.
4. Spider Plant:
Tumbuhan indoor terbaik untuk menyingkirkan karbon monoksida (asap enjin) dan
toksin-toksin lain atau pencemaran. Spider plants adalah salah satu dari 3
pokok disarankan oleh NASA dalam menyingkirkan formaldahyde dalam udara.
5. Peace Lily: Peace
lilies boleh digelar “pembersihan-semua.” Ia selalu diletakkan di bilik air
atau bilik basuh kerana ia terkenal sebagai tumbuhan yang dapat membuang spora
lumut. Ia juga boleh menyingkirkan formaldahyde dan trichloroethylene.
6. Gerbera Daisy:
Bukan sahaja bunganya mampu menyingkirkan benzene dari udara, ia terkenal
meningkatkan suasana tidur dengan menyerap karbon dioksida dan memberi oksigen
lebih ketika malam.
Pokok 2 & 4
paling mudah didapati di Malaysia. Apa kata ktia cuba beli dan letakkan di
bilik kita?
Subscribe to:
Posts (Atom)